Go To Dashboard
@syanizsyaza

Hover HERE!

Welcome to my blog,i'm Syaniz. Thanks for visiting my blog, Follow is your responsibility in this zone. 고마워!

Menu

owner stuff Links Entry

Followers

Chit Chat

Credits
Template by Atin Tory
Image by We?it.
Help by Wana, Afiqah.

Kolej Tunku Kurshiah

Ya Ampun lama banget kita tidak berjumpa ya wahai blog. Heheh. So yeah! Lupa nak bagitau korang, tahun lepas Syaniz Alhamdulillah dapat 5A :)

So cerita dia macam ni, kan ada permohonan nak masuk SBP yang 3 pilihan tu kan? Pilihan pertama Syaniz pilih Sekolah Seri Puteri, kedua Kolej Tunku Kurshiah, ketiga SM Sains Selangor.

Ayah Syaniz main main je pilih Kolej Tunku Kurshiah sebab ingat senang nak masuk sekolah ni. Tiba tiba keluar result syaniz dapat TKC. Syaniz macam, what?

So Syaniz dah berjaya survive 1 year dekat TKC! Yeay! Banyaklah kenangan manis sepanjang form 1 ni sebab ada CS, CS means College Sister. Diorang form 5. Every form 1 akan dapat sorang CS.

Pada asalnya Syaniz tak dapat sesiapa. Sedih jugaklah masa tu sebab tengok orang lain semua dapat kakak, huhu. Tunggu tunggu, tiba tiba ada kakak form 5 datang, and dia kata dialah CS Syaniz. Lega!

Nama dia Marissa Alia. Prefect~ Dia baik! Malam first kat TKC tu dia yang bawak Syaniz pergi surau, solat dengan dia apa semua. Dia ajar adab kat sini dia kenalkan Syaniz dengan kawan kawan dia. Eventho waktu tu takut jugaklah tapi takpelah Syaniz cuba gak heheh.

Macam macam lah lagi! Ponat nak type. Tapiiii im sad sebab next year dah tak ada CS T^T IM GONNA MISS YOU KAK MARISSA!

but still ! last day sekolah Syaniz pergi kelas dia nak tangkap gambar and dia pun okey je! Heheh. Adalah kenangan kan.. Kalau nak tengok gambar dia boleh cari dekat insta Syaniz ; @syanizsyaza
Dah alang alang tengok tu, follow lah sekali, hihik!

Tu je kot nak inform kat korang since dah berbulan tak muncul. Blog pun jadi apa ntah.

K then, BYE!

Sincerely,

Ber-Karoake Time Kecik2 !

Haii ! Harini syaniz nak tunjukkan kat korang video syaniz waktu kecik2 nyanyi lagu Irwansyah-Pencinta Wanita.. Haha..

Saksikan..

Haha...  Montel dan comel kan syaniz waktu kecik ? *perasan pulak aku ni* Dengan rambut kerinting yang menggerbang2.. xD

Aku memang pencinta wanita! Namun ku bukan buaya~~~
Entah macam mana syaniz boleh hafal pulak lirik dia. Orang yang menyanyikannya pun pelik XD

Korang pernah nyanyi dulu atau kata lainnya karoake ?? Share la dengan syaniz ! Syaniz pun nak tengok jugak. Mana tau suara korang jauh lebih sedap dari suara syaniz yang sumbang mahram ni kan ???

OK, syaniz akhiri dengan gambar syaniz waktu baby..
Reaksi muka "Ada aku kesah?" Haha xD
Assalamualaikum dan Bye

Yay ! Dah Kembali !

Yay ! Akhirnya follower widget dah kembali pagi tadi ! Im very happy !!
Akhirnya.. kau kembali pada ku~~
I Love You Damn Much, My Follower Widget :D
Muahxx2 !
Nasib baik followers tak hilang , Alhamdulillah :D
Harapan syaniz supaya semua GA tamat sebab tak boleh follow sponsor hancur, lebur, terbakar, accident dan sebagainya. Huhu :'(
Tapi tak pelah.. Syaniz tak kisah pun.. Sebab ada satu GA tu dia tamat harini. Tapi dia belum announce lagi.. Tak sabarr gueh !
Ok! Dah malam.. Malas nak cakap panjang2..
Assalamualaikum Dan Bye
Yang menaip,

Mana Dia Pergi ?

Mana kau pergi ha ? Mana ? Manaaaaa?!?!!

Follower Widget !!!! Mana kau pergi ??!!  Jangan tinggalkan daku wahai follower widget... Huhu...

Semua blogger sedang menghadapi masalah ni !! OMG!!  Follower widget hilang.. Syaniz turut bersimpati kepada korang. Nasib baik semua GA syaniz dah join. Tinggal tunggu keputusan je.. Hehe...

So, syaniz nasihatkan kepada blogger blogger sekalian.. Silalah tutup GA anda tu sebab tak ada function pun nak kena tunggu sampai tarikh tutup . Bukan ada orang join pun..
Tutup jelah giveaway tu.. Hehe, syaniz pun dah tak sabar nak tengok keputusan pemenang xD

Wahai followers widget ku .. Kembalilah kepadaku.. Ku merinduimu.. Ku memerlukanmu..
*Ayat tak boleh blah!*

Tu jer kot :D

Assalamualaikum, Dan Bye !

Yang benar ,

I Want KPOP Pencilbox !

Haii !! Syaniz sebenarnya nak sangat beli pencilbox kpop. Teringin sangat sangat sangat ! Syaniz ada tahu satu kedai kpop ni, tapi tak tahu dia jual pencilbox ke tak.. Huhu..
Hope ada...

Anyone nak bagi syaniz for free? Haha. Memang tak lah kan ? Siapa tak sayang barang kpop xD Except dia tak minat kpop laaaaa..

Kalau syaniz ada jumpa pensilbox syaniz nak pilih gambar EXO, Big Bang, SHINee ataupun Girls Generation. KOrang doa2 kanlah supaya syaniz jumpa ya ^_^

Tu je kot yang syaniz nak cakap. Korang nak sambung ? Silakan.. Pintu comment sentiasa terbuka untuk korang . hehe...

Btw,
I LOVE KPOP !

Assalamualaikum dan Bye

Yang benar ,

New Year Blog Theme !

Hye again ! New Year dah nak dekat. So, syaniz dah siap2 buat theme baru untuk blog syaniz. Dan theme-nya adalah....

RUNNING MAN !!

Clap2 ! ^_^
Seperti yang korang tengok dekat blog syaniz. Full of running man ~! Sebab nya syaniz letak theme running man ni ialah sebab syaniz minat running man !

Syaniz suka sangat running man ni sebenarnya.. Couple/partner yang syaniz suka Jong Kook ngan Kwang Soo a.k.a KookSoo + Gary ngan Ji Hyo a.k.a Monday Couple.
They're so sweet. Fucking love them! Ops2.. ada couple partner yang syaniz lupa nak tulis lah.. Ianya adalah Ji Hyo ngan Jong Kook a.k.a SpartAce.

Maybe just that I want to say to u olls. Wait for my next entry ! ^^

Assalamualaikum dan Bye.

The Most Awesome Novel That I Have Read

Holla korang semua ! Dah lama syaniz tak update entri kan ? Bukan sebab syaniz malas, tapi sebab tak tahu nak buat tajuk apa.

And finally ~! Syaniz dah tahu nak buat tajuk apa~ Yayy! Syaniz baru beli satu novel yang ditulis oleh Siti Nur Dhuha. Alah.. Dia yang pernah tulis novel My Love Playgirl yang hangat di pasaran tu.. Cerita tu best jugakla. Tapi novel yang syaniz nak cerita ni lagi best dari My Love Playgirl ~!

Novelnya adalah....

KATA TAK RINDU ~!!

Sinopsis
Kerana kecewa kekasih hati ber­kahwin dengan gadis lain, Zafia mendaftar diri di Agensi Mencari Jodoh. Niat hatinya hanya satu, ingin membalas dendam terhadap bekas ke­kasihnya, Shahril. Tanpa berfikir panjang, Zafia terus menandatangani surat per­janjian tanpa berjumpa ter­lebih dahulu dengan bakal suami.
Setelah berjumpa Aezwan, lelaki yang dikenali melalui Agensi Mencari Jodoh, Zafia mula berubah fikiran. Tidak mahu meneruskan perkahwinan. Namun Zafia tidak dapat mengelak dari berkahwin dengan Aezwan kerana telah terikat dengan perjanjian yang telah ditandatanganinya.
Perkahwinan berlangsung juga. Zafia dan Aezwan terpaksa menjalani hidup berumah tangga. Tiada keserasian, membuatkan mereka berdua sering bergaduh. Suaminya terlalu berdisiplin, pagi-pagi lagi sudah bangun dan mengemas rumah. Sedangkan Zafia matahari terpacak di ubun-ubun, masih terbongkang tidur.
Bekas kekasihnya, Shahril mula mengganggu rumah tangga Zafia. Dia tidak serasi dengan pasangan hidupnya. Bila Aezwan dapat tahu, dia mula berasa cemburu kerana telah timbul bibit-bibit cinta dalam hatinya. Aezwan berjumpa Shahril tanpa pengetahuan Zafia. Berlaku satu insiden yang tidak diingini. Apakah insiden itu? Kekal ke rumah tangga Zafia atau dia balik semula pada Shahril?

“Fia tak berzina, Fia sudah berkahwin, Aril!!!”
– ZAFIA

“Hari ini abang bahagia sangat sebab apa yang abang nak, abang dapat. Fia dah jadi milik abang.”
– AEZWAN

Best sangat2 cerita dia ! Lagi best dari Playboy Itu Suami Aku. Haha! xD
Belilah. Kat kedai2 buku mesti ada punya. Macam syaniz, syaniz beli kat Popular, IOI Mall. MPH,Alamanda pun mungkin ada kot. Terpaksa KOT sebab dah lama tak pergi Alamanda.

Korang jangan lupa beli tau ! Eh,, kejap2 ! Syaniz dah bagitau harga belum ? Belum kan.. Ok, harganya is RM27.90 .. Mahal ? Syaniz tak rasa mahal sebab buku dia pun tebal , cerita pun best. That means berpatutan lah harga nya ~!

Seriously syaniz cakap, memang rugi kalau korang tak beli.  Tapi macam biasalah, kahwin paksa. Tapi cerita ni bukan dipaksa oleh ibu bapa. Dia macam kahwin terpaksa atas sebab2 yang tak boleh nak dielakkan.

Oklah. Mungkin entri ni panjang sangat kot dan memenatkan bibir korang yang VOGUE tu nak baca, syaniz tutup karangan sampai sini jelah yerpp. Btw, button comment ni ha dah kotor dah. Apa kata sama2 korang tolong syaniz bersihkan.. Gotong-royong lah sikit.. Hehe.

Assalamualaikum & Bye !

Susah Nak Tidur

::: Haiii :::

Sejak kebelakangan ni, syaniz susah nak tidur . Tak tahulah kenapa.. Syaniz biasanya tidur petang . But semalam, susah gila syaniz nak tidur walaupun dah ada aircond :( Malam tadi pun susah.. Tutup je mata, terbukak balik mata.. ISh. Susah betull >.< !!

Syaniz dah baca 3 kul, doa tidur , alfatihah.. Tetap tak boleh tidur... Tensyen nye syaniz. Korang pernah tak jadi macam ni ? Seksa kan ? Rasa nak campak2 je badan syaniz nie haaa.... IM SO FRUSTATED !!!!!!!!

Waktu bangun syaniz mengantuk tapi tadi syaniz try nak tidur tak boleh padahal mengantuk... Syaniz tak boleh nak duduk diam bila baring . Hurmm.. So sad :'(

Tu je kot syaniz nak kongsi dekat korang sebab syaniz rasa blog ni je lah tempat luahan hati syaniz :D

Assalam dan Bye :D

Hadiah Daripada My Father

Hadiah ? Hadiah apa ni ? Mesti pembaca2 hantu sekalian tertanya2 kan2 ??

Oklah.. Begini ceritanya.. My father janji kalau Syaniz dapat nombor 1 my father belikan handphone. So, Syaniz dah dapat pun nombor 1..  Sebenarnya dah lama dah my father belikan. Tapi mood malas tahap ghaban dah menimpa diri Syaniz. Mungkin harini mood malas tahap ghaban tu nak lari kat orang lain pulak kot. Tapi rasanya ada lagi sikit la tertinggal.. Hehe..

Syaniz tak ambik gambar real phone syaniz sebab malas yang lagi sikit tu..
And the phone iss..

Ni gambar hiasan je tauu !

Tak berjenama sangat pun..Apapun masih best la macam guna Samsung.. Tapi bateri dia cepat sangat habis walaupun Syaniz turn off Phone.. Macam mana pun syaniz tetap bersyukur sebab my father belikan. Harga? Entahla.. Syaniz tak tanya pulak berapa.. HEhee....

Oklah , Syaniz tak nak cakap banyak pun.. Just nak bagitahu kat korang jer.

Bye and salaaM :D

First Time To Get This Kind Of Trophy

Trophy macam biasa syaniz dapat bentuk bulat lah mangkuk pun ada. Tapi kali ni.. It is more DAEBAK !! Tapi bagi korang mesti ni simple je sebab abang2 or kakak2 or korang pernah dapat. Hehe.. Tapi bagi syaniz, ni first time :D Seperty yang syaniz dah cakap, syaniz dapat nombor satu dengan matapelajar terbaik sains tahun 5 kan ??

Nak tengok tak ? Tak nak ? Hurmm.. Tak pelah. Tahulah korang lagi pandai dari syaniz :(
Ada ke yang nak tengok ? Ada ? Ok lah syaniz tunjuk. Yang tak nak tengok tu GET LOST ! Hehe.. Joking.. Jangan terasa :D

Hehe :D Korang pernah dapat tak trophy cenggini ? Tak? senang je.. Whatsapp or msg or wechat or LINE or whatever else kat guru besar korang.. Nak trophy camni.. Hehe :D

Klah. I just want to say that to u ollss ;)
Bye And Salaam :D

Hari Anugerah Cemerlang 2013 Esok !

Yayy ! Esok syaniz nak dapat sijil Terbaik Dalam Kelas Nombor 1 dengan Mata Pelajaran Terbaik Sains! Alhamdulillah dapat 2 sijil. Syaniz bukan nak berlagak okayyyy ?? ingat tuh ;)

Syaniz malas sebenarnya.. Tapi nak buat macam mana kan?? Kena amik jugak. Korang nak tengok tak my slip PAT ? Baru je dapat tadi :D

ULANG SUARA ! SYANIZ BUKAN NAK BERLAGAK ! ULANG SUARA ! SYANIZ BUKAN NAK BERLAGAK ! ULANG SUARA ! SYANIZ BUKAN NAK BERLAGAK :D

Takut nanti ADA ORANG TU cakap saya berlagak. Hehe.. Kalau ada lah :D

But semua lebih kurang atas pagar je kan ? Tapi syaniz bersyukur sangat sebab dapat number 1 !! Yay ! Im so happy :D

Klah, tu je nak cakap . Bye n Salaam

Semoga Dapat 5A Calon UPSR!

Hi ! Sekarang ni syaniz just nak wat short entry sempene keputusan UPSR nak keluar lagi 2 hari.

Good luck for all upsr candidates*betul kea eja??* ! Syaniz doakan korang dpt 5A dalam UPSR. Jangan lupa solat dan doa , mintak kat Allah supaya dapat 5A.

Syaniz buad entri ni pun sebab kebetulan my cousin ade 2 orang amik UPSR tahun ni.  Iaitu Azura dengan Syafira.

Oklah, seperti yang syaniz kata ini short entry. So, tu jelah :)

Bye n Salaam :D

I Meet Ashraf Muslim

Im back with my new post! Jumpa Ashraf Muslim. Siapa yang tak kenal pelakon dan tukang ubat (Islam)yang bernama Ashraf Muslim ni.. Adakah anda org yang tak kenal tu ? Meh syaniz tunjukkan gambar..
Sebenarnya dah lama dah syaniz jumpa Ashraf ni.. Tak silap bulan puasa 2013 ni kot.. Waktu tu dia tengah jual minyak wangi "Solat" . Dia ada ngan isteri dia waktu syaniz jumpa dia tuh.. Dia promote minyak wangi tu kat my family.. My father berminat nak beli.. Then belilah !
Dah jalan punya jalan. Baru teringat nak tangkap gambar. Haha. Then, pusinglah balik. My father cakap kat dia "Nak tangkap gambar bolehh ?* Dia cakap ok !
Dan inilah hasilnyaaa..
Syaniz yang belah kiri . Kanan tu kakak syaniz. Jangan tersilap yaa ! Haaa ! Lupa pulak nak cakap kat mana.. Dekat Kompleks PKNS, Shah Alam.
Nak jugak ke tangkap gambar? Sorrylah, dah lama dah dia datang. Tak mungkin dia datang lagi kannn?
Oklah, tu je nak cakap sebab terperasan gambar ni waktu kakak syaniz tengah pilih2 gambar untuk entri baru dia.

Mkay ! Bye n Salaam !!

Tutorial Letak Bloglist Untuk Blogskin

Hye. Syaniz kembali dengan tutorial. Rasa lama sangat tak buat tutorial untuk pembaca2 hantu. Korang rasa lama tak ? Lama ? Memang ! Syaniz kan pemalas. Ini pun kredit kepada: Kak Atin

Ok, tak nak cakap panjang, jomlah mula ^_^

Bawah ni contoh preview :

1st, Dashboard
2nd, Template
3rd, Edit HTML

Sekarang, copy code di bawah :

❤ NAMA BLOGLIST

❤ NAMA BLOGLIST

❤ NAMA BLOGLIST

❤ NAMA BLOGLIST

❤ NAMA BLOGLIST

❤ NAMA BLOGLIST

4th, Paste kat tempat yang korang nak
5th, Preview
6th, Save !

| Ok Bye Salaam |

Birthday Present

Hye again! Syaniz sebenarnya lupa nak masukkan gambar birthday present from my family dekat dalam post birthday semalam. Semalam ke ? Harini ke semalam eh ? Entahlah.
Hadiahnya bukan yang di atas tu ya. Itu cuma gambar hiasan. Biasalah kan blogger sekarang, setiap entri mesti kena ada gambar hiasan supaya entri tu nampak lebih menarik :)
Oklah. Nak tahu tak hadiahnya pembaca2 hantu sekalian ? Ini lah hadiahnya..
Jeng JENG Jeng !!

Hadiahnya ialah jam ORIGINAL Casio Baby-G.
Sorry gambar tu blurr sangat sebab satu tangan nak pegang jam, satu tangan lagi nak pegang kamera @ phone. Background tu sebenarnya selimut. Komot kan ? Haha ! Biasalah, saya kan pemalas :P

Haha . Disebabkan entri ni setakat nak tunjuk hadiah, so entri ni pendek jelarh. Pembaca2 hantu sekalian anggap jelah yang entri ni bersambung dengan entri birthday tu.

Bye n Salaam

Happy Birthday To Syaniz / Me

Hye. Sorry syaniz terlambat pulak post pasal birthday syaniz. Maklumlah, terlalu busy. Heheh ;)
Gambar yang diatas tu telah diedit oleh syaniz sendiri :) Cantik tak ? Buruk ? Memang pun..

Kek yang syaniz beli ialah ...... Jeng Jeng Jeng !!!

Chocolate Indulgence from Secret Recipe ! Siap ada smiley lagi . Haha. Saja je nak bagi abang yang tulis tu tulis. Heheh v(^_^)v

Nak ? Sekarang dah tinggal sikit sangat. Sorrylah ya, kalau syaniz pos kat rumah korang pun mesti dah jadi air chocolate dah ! Tak ada harapan nak makan lah alamaknya !

Syaniz nak tunjuk pulak orang 2 yang BAIK HATI wish birthday kat wall facebook syaniz. Nak tengok tak ? Nak tengok, tengoklah, tak nak tengok pun tengoklah. Hoohoo !

This is from my Paklong

This is from my Kakak Saudara

This is from my Beloved Best Friend Forever

Thank you semua ! Luv you all !

Tu je kot. Dah tak ada apa pun syaniz nak cerita dalam tajuk HB ni.

Bye n Salaam

I Have No Idea

Hye kembali ! Rasa lama gila gila gila gila tak jumpa korang semua. Sebenarnya syaniz tak ada idea nak buat entry apa. Maklumlah, periksa akhir tahun nak dekat dah.. Kena belajar jelah. Sampai nak tulis entri blog apapun tak tahu.
So sorry.. Lagipun, kadang2 tu. Memang syaniz rasa macam dah malas nak berblogging. Sebab macam takde point je.. Syaniz rasa macam syaniz berblogging sorang2... Hurmm.. :'(

Entahlah. Syaniz akan fikir dulu nak teruskan ke nak biar je blog ni berhabuk.
Oklah. Syaniz pun sekarang memang NO IDEAAAAAAAAAAAAAAAA gila2. So, Bye !

Yang Benar ,

Selamat Hari Raya Aidilfitri !

Haii ! Ni mungkin last entry untuk minggu ni.. Maklumlah , nak raya kann ? Tapi MUNGKIN tau !

Dalam entry ni , syaniz tak nak cakap panjang sebab masa tak mengizinkan syaniz untuk taip panjang2. Harap Maaf lah ye..

Apapun, syaniz nak mintak maaf atas segala kesalahan syaniz pada korang, sama ada tertulis kasar dalam entry syaniz ataupun membuatkan korang kecil hati ataupun terasa dalam mana2 entry syaniz.

Dengan itu, Syaniz ucapkan,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wabillahitaufikwalhidayah.
Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.