Go To Dashboard
@syanizsyaza

Hover HERE!

Welcome to my blog,i'm Syaniz. Thanks for visiting my blog, Follow is your responsibility in this zone. 고마워!



Menu

owner stuff Links Entry


Followers






Chit Chat






Credits
Template by Atin Tory
Image by We?it.
Help by Wana, Afiqah.


The Most Awesome Novel That I Have Read


Holla korang semua ! Dah lama syaniz tak update entri kan ? Bukan sebab syaniz malas, tapi sebab tak tahu nak buat tajuk apa.

And finally ~! Syaniz dah tahu nak buat tajuk apa~ Yayy! Syaniz baru beli satu novel yang ditulis oleh Siti Nur Dhuha. Alah.. Dia yang pernah tulis novel My Love Playgirl yang hangat di pasaran tu.. Cerita tu best jugakla. Tapi novel yang syaniz nak cerita ni lagi best dari My Love Playgirl ~! 

Novelnya adalah....

KATA TAK RINDU ~!!


Sinopsis
Kerana kecewa kekasih hati ber­kahwin dengan gadis lain, Zafia mendaftar diri di Agensi Mencari Jodoh. Niat hatinya hanya satu, ingin membalas dendam terhadap bekas ke­kasihnya, Shahril. Tanpa berfikir panjang, Zafia terus menandatangani surat per­janjian tanpa berjumpa ter­lebih dahulu dengan bakal suami.
Setelah berjumpa Aezwan, lelaki yang dikenali melalui Agensi Mencari Jodoh, Zafia mula berubah fikiran. Tidak mahu meneruskan perkahwinan. Namun Zafia tidak dapat mengelak dari berkahwin dengan Aezwan kerana telah terikat dengan perjanjian yang telah ditandatanganinya.
Perkahwinan berlangsung juga. Zafia dan Aezwan terpaksa menjalani hidup berumah tangga. Tiada keserasian, membuatkan mereka berdua sering bergaduh. Suaminya terlalu berdisiplin, pagi-pagi lagi sudah bangun dan mengemas rumah. Sedangkan Zafia matahari terpacak di ubun-ubun, masih terbongkang tidur. 
Bekas kekasihnya, Shahril mula mengganggu rumah tangga Zafia. Dia tidak serasi dengan pasangan hidupnya. Bila Aezwan dapat tahu, dia mula berasa cemburu kerana telah timbul bibit-bibit cinta dalam hatinya. Aezwan berjumpa Shahril tanpa pengetahuan Zafia. Berlaku satu insiden yang tidak diingini. Apakah insiden itu? Kekal ke rumah tangga Zafia atau dia balik semula pada Shahril? 

“Fia tak berzina, Fia sudah berkahwin, Aril!!!”
– ZAFIA

“Hari ini abang bahagia sangat sebab apa yang abang nak, abang dapat. Fia dah jadi milik abang.”
– AEZWAN

Best sangat2 cerita dia ! Lagi best dari Playboy Itu Suami Aku. Haha! xD
Belilah. Kat kedai2 buku mesti ada punya. Macam syaniz, syaniz beli kat Popular, IOI Mall. MPH,Alamanda pun mungkin ada kot. Terpaksa KOT sebab dah lama tak pergi Alamanda. 

Korang jangan lupa beli tau ! Eh,, kejap2 ! Syaniz dah bagitau harga belum ? Belum kan.. Ok, harganya is RM27.90 .. Mahal ? Syaniz tak rasa mahal sebab buku dia pun tebal , cerita pun best. That means berpatutan lah harga nya ~! 

Seriously syaniz cakap, memang rugi kalau korang tak beli.  Tapi macam biasalah, kahwin paksa. Tapi cerita ni bukan dipaksa oleh ibu bapa. Dia macam kahwin terpaksa atas sebab2 yang tak boleh nak dielakkan. 

Oklah. Mungkin entri ni panjang sangat kot dan memenatkan bibir korang yang VOGUE tu nak baca, syaniz tutup karangan sampai sini jelah yerpp. Btw, button comment ni ha dah kotor dah. Apa kata sama2 korang tolong syaniz bersihkan.. Gotong-royong lah sikit.. Hehe. 

Assalamualaikum & Bye !





Blogger syaniz daily said...

permisi, sist... mau numpang nanya, gak ada hubungannya sama posting-nya sist sih.... gini sist, namanya sist kan 'Syaniz'... kalau saya boleh tau, arti namanya sist apa ya? nama saya juga sama kayak sist, tapi saya gak tau artinya.... mohon di jawab ya sist :)

 

Post a Comment