Go To Dashboard
@syanizsyaza

Hover HERE!

Welcome to my blog,i'm Syaniz. Thanks for visiting my blog, Follow is your responsibility in this zone. 고마워!



Menu

owner stuff Links Entry


Followers






Chit Chat






Credits
Template by Atin Tory
Image by We?it.
Help by Wana, Afiqah.


Izzue Islam Bakal Berkahwin ?


Layan FB sekejap tadi, lepas tu nampak pulak tajuk ni. Mata memang tertumpu dkt tajuk ni. 
Tak sampai 1 saat terus tekan link tu.


Dulu ada kontroversi mengenai Izzue Islam dengan pengurusnya, Awin Nurin. 


Izzue mengaku bahawa bakal bernikah dengan Awin pada 2 Jun ini. Tarikh tu sempena hari ulang tahun kelahirannya. Izzue juga mengakui cerita pasal pertunangannya dulu adalah betul. Izzue tak nak mendedahkannya kerana ada sebab tertentu serta mahu menjaga hati banyak pihak, termasuk keluarga Izzue dan Awin.

Ini adalah termasuk apa yang dinyatakan oleh Izzue.

"Benar kami akan bernikah pada pagi 2 Jun ini dan majlis persandingan akan diadakan pada tengah hari yang sama di Shah Alam," kata Izzue kepada Mangga Online malam ini.

Gosip pasal Izzue bertunang mula tersebar hujung tahun lalu. Mereka dikatakan bertunang pada musim Hari Raya Aidilfitri lalu.

"Saya bukan berbohong semasa ditanya pasal bertunang dulu, sebaliknya saya belum sedia mendedahkannya. Pertunangan ni sesuatu yang belum pasti, manalah tahu tidak sampai ke jenjang pelamin.

"Sekarang bila sudah pasti kami akan kahwin, barulah saya bersedia. Baru semalam saya memberitahu kawan-kawan dan meminta alamat untuk mengundang mereka dan hari ini pula saya mula bercerita kepada media. Saya harap semua orang faham," sambungnya lagi.

Izzue sedia kahwin pada usia muda dan tidak mengganggap perkahwinannya nanti bakal menggugat kejayanya yang sedang berkembang.

"Saya harap peminat akan terus menyokong saya selepas ini. Saya tahu peminat sekarang semakin bijak. Kerana sokongan merekalah saya berada pada tempat saya ada sekarang," kata Izzue.



Izzue juga memberitahu, kesibukannya berlakon membuatkan dia tidak sempat bermulan madu. Dia juga hanya akan mengadakan majlis sambut menantu untuk leluarga sahaja di Kelantan tanpa majlis kenduri. Malah dia hanya akan bercuti selama seminggu sahaja selepas bernikah. Izzue sekarang sedang rancak menjalani penggambaran drama Sahabat.

"Kalau boleh saya nak berbulan madu di Jepun. Saya minat sangat nak ke Jepun. Ini hanya cadangan sahaja, tak tahulah sama ada jadi atau sebaliknya. Sebenarnya saya belum pernah ke luar negara," kata Izzue lagi.

Tersebutlah yang dinyatakan Izzue.
Panas hati den ni tahu berita yang tak berapa menyenangkan..

Tapi tak pelah. Memang jodoh.. Nak buat apa ye dok ? 

Ramai perempuan mesti panas je dengar dia nak kahwin. Semestinya panas lepas tengok dia berlakon cerita Sebenarnya, SAYA ISTERI DIA ! Bagi syaniz, nak kahwin tu tak aa lagi. Lepas tengok gambar pengurus yang bakal berkahwin dengan dia tu. Bertambah membuak-buak rasa panas di hati.

Oklah, tu je. Nanti habis ayat merepek aku keluarkan. Maklumlah, berita ni mengejutkan wanita Malaysia.

Bye & Salaam






Post a Comment