Go To Dashboard
@syanizsyaza

Hover HERE!

Welcome to my blog,i'm Syaniz. Thanks for visiting my blog, Follow is your responsibility in this zone. 고마워!



Menu

owner stuff Links Entry


Followers






Chit Chat






Credits
Template by Atin Tory
Image by We?it.
Help by Wana, Afiqah.


Seram Bunian Atau Syaitan ?


Sila baca kisah ni sambil dengar lagu seram untuk menambahkan feel..



Kisahnya bermula bila seorang sepupu aku ni balik dari kerja. Pada masa tu dah lewat malam lebih kurang jam 2 pagi. Dia tinggal bersama ibunya di sebuah rumah papan yang terletak sekitar Kuala Lumpur. Sekarang ni kawasan tu dah jadi kondominium.

Kawasan ni terletak berhadapan tanah perkuburan Islam yang sekarang ni masa ada. Ops! tak boleh bagi hint lebih-lebih, nanti korang tahu pula kat mana.

Berbalik pada cerita, masa dia balik kerja jam 2 pagi tu, sebelum melangkah masuk ke rumah, dia terdengar suara perempuan memanggil-manggil namanya dengan suara sayu.


Dia mencari punca suara tersebut tapi tak jumpa. Yang peliknya, satu family boleh dengar suara yang sama. Mengikut cerita tuan badan, 2 hari sebelum itu dia dapat rasa seperti ada perempuan yang ikut dia dan sentiasa memerhatikan dia. Mungkin suara ini milik perempuan yang sama.

Selama seminggu benda ni jadi, sampai bila masuk bilik pun benda tu panggil dia dari luar tingkap bilik. Selepas merujuk pakar perubatan Islam, sepupu aku ini dikatakan telah diminati oleh bunian dan bunian tersebut berniat untuk mengahwininya.

Dengan bantuan pakar perubatan Islam tersebut, suara bunian itu tak lagi kedengaran. Alhamdulillah semuanya selamat.

Jangan tak percaya, manusia mampu memikat hati bunian tau! Tapi pelik gak lah, kita selalu dengar orang kata orang bunian semua cantik-cantik, lelaki bunian macam mana pula? tak hensem ke sampai perempuan bunian tertarik dekat manusia hehe. 

Ops! harap bunian tak baca entry ini ;)






Post a Comment